blog

Make Over Blog

3/21/2017 05:00:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Mesti ada yang baru singgah blog Eyda perasan ada perubahan kat blog Eyda kan. 


Sebenarnya dah lama nak buat touch up tapi tak terbuat pun. Yelah, Eyda tengok blog Eyda ni macam agak serabut dan terlalu simple. Tu yang terasa hati nak make over sikit.

Rupa blog Eyda sebelum di make over

Nak Eyda buat sendiri memang tak laa. Almaklum sajalah Eyda bukan terror bab codding bagai nih. Nanti ntah apa rupa yang keluar kan. Lastly, Eyda upah orang buat juga sementara Eyda kurang aktif menulis.


Rupa blog Eyda yang terkini



Alhamdulillah akhirnya blog Eyda ini telah di make over oleh blogger Mellya. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan hanya RM20 sahaja. Murah tak? Apa, korang tak percaya? Jom tengok info yang nih.


Mellya


Kalau yang nak make over blog, tapi tak mempunyai budget yang banyak, boleh hubungi Mellya seperti info di atas.

In shaa Allah Mellya akan make over blog korang sampai korang puas hati. Eyda pun banyak kali ubah header blog tu. Itulah hasil akhir.

Terima kasih kepada Mellya kerana sudi make over blog Eyda sampai cantik macam tu ya. Suka tengok rupa blog yang baru nih.


cuti sekolah

Cuti Sekolah

3/17/2017 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekolah mula bercuti hari ini di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Esok di lain-lain negeri pula akan mula bercuti.


kredit Mr. Google


Mesti ada yang dah ada perancangan untuk anak-anak kan.. Eyda pun ada sedikit aktiviti buat anak-anak. Walaupun simple, tapi ianya amat bermakna kerana ianya dilakukan bersama-sama. Nanti Eyda ceritakan dalam entry akan datang.

Ini saja waktu yang sesuai untuk ibu bapa bercuti bersama anak-anak yang telah bersekolah. Apa perancangan korang pula untuk anak-anak di cuti sekolah ini? Mungkin balik kampung atau bercuti ke destinasi pilihan. Okey saja kan.



Blog yang Diikuti